Penderaan terhadap bayi






hi readers semua. isu apa yang akan diketengahkan hari ini. isu penderaan terhadap kanak-kanak terutama sekali bayi. korang tau dan dah dengarkan kisah seorang baby yang kena dera kaw-kaw dengan maknya. maknya langsung tak berperikemanusiaan & berhati perut.

sedih, sadis, sakit hati, rasa nak terajang (kasar sikit eh) saja mak baby ni. memang tak sayang anak langsung. apa salah anak kau tu ha wahai wanita? dia pukul kau ke sampai kau mengamuk macam tu sekali? mana perginya sifat keibuan kau tu? mana pergi kasih sayang yang sepatutnya kau curahkan pada anak kau tu? mana perginya semua itu? 

sumpah aku rasa kau sebenarnya belum bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang mithali dan penuh dengan kasih sayang. bagi aku, kau sebenarnya belum bersedia sepenuhnya nak ada anak. andai kata kau belum bersedia nak pikul amanah yang Allah berikan dekat kau dan suami kenapa korang sanggup buat anak? bila dah ada anak macam ni pulak kau bagi dekat dia yang sememangnya tak tau apa kesalahan yang dah dilakukannya. takkanlah menangis nak susu kau sanggup dera? 

wahai wanita, eh cop nama kau IRA kan. ha, wahai ira, kalau kau betul-betul sakit hati dengan anak kau jangan la buat dia sampai macam tu sekali. dera dia dengan teruk. kau sanggup pukul, cubit dengan rakusnya, tendang dia & sepak mukanya. kau dah gila ke apa ha? sumpah, aku betul-betul sakit hati dengan tindakan yang dah kau buat. 

kalau kau betul-betul tak nak jaga dan dah tak anggapnya sebagai anak sebaik-baiknya beri anak itu kepada orang lain. ramai lagi orang yang berusaha nak dapatkan anak. ramai yang dah berkahwin tapi sampai sekarang masih tak ada rezeki nak timang anak sendiri. kau yang senang-lenang dapat rezeki tuh macam ni pulak kau buat. orang bila ada anak sayang bagai nak gila. tapi kau! terbalik pulak. kau dera dia bagai nak gila. 

arghh, sungguh aku tak tahan tengok baby tu menangis. meronta-ronta supaya kau berhenti pukul, sepak muka dia. mohon kau paham kesakitan yang dialaminya masa kau cubit dia. dia datang dekat kau tapi kau tolak dia sampai terbaring balik badannya. kau tak kesian ke? 

wahai wanita sedarlah dengan segera. anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah. sekali kau lakukan macam itu dekat anak berjuta kali kau akan dapat balasannya. kalau Allah nak ambil nyawanya masa tu, aku rasa kau mesti tersentap habis. meraung & meroyan. kemungkinan besar kau akan menyesal tindakan dah kau dah lakukan pada dia.

Sempena Hari Ibu ini kau nilailah semula sikap-sikap yang kau dah lakukan terutama sekali dekat baby ni. berilah dia kasih sayang walau sekelumit pun. cukuplah dengan sekadar belaian keibuan kau kepadanya. 

ok, stop sampai kat sini. berair mata aku masa menaip entri ni. sungguh aku terasa penderitaan yang dialami baby tu. akhir kata dariku, sayangi anakmu kerana dialah permata yang paling bernilai yang pernah kau ada. sekian.

0 org mengomel :):