Eh, peliknya sikap perempuan ni!





Minta perhatian wahai adik abang akak semua. Di sini, ada 1 pengumuman yang nak dibuat. Guys, please take note apa yang akan kita bincangkan pada hari ini. Semuanya berkaitan dengan perempuan-perempuan yang korang sayangi. 


1. Anda nampak gadis itu sedang bersedih tetapi tak nampak pun air mata dia. Anda bertanya tentang kesedihan tersebut. Lalu dia mengatakan bahawa dia ok saja. Nah, kalau korang nak tau sebenarnya hatinya sedang menangis. 

2. Baru aje berlaku pergaduhan dengan si Dia walaupun hal remeh-temeh? Ha, biarkan si Dia tenangkan hati & fikirannya sebelum menegurnya dengan ucapan maaf.

3. Seseorang gadis tu susah nak cari benda-benda yang tak elok dek pandangannya tentang orang yang disayanginya. Ha, sebab itulah perempuan ni senang patah hati bila percintaannya terputus ketika cinta sedang mekar.

4. Hati perempuan ni senang sangat cair bila orang yang dicintainya merenung  tajam ke dalam matanya.

5. Dengan hanya ucapan "HAI" saje, dah cukup membuatkan hati si Dia ceria.

6. Tolong jangan main sedap saja nak agak apa yang dirasai oleh si Dia. Cara yang lebih afdal adalah dengan bertanya terus si Dia.

7. Perempuan akan meluahkan rasa hatinya dekat teman baiknya. So, sebab itulah mereka-mereka yang menjadi teman baiknya akan tahu apa yang sedang dilaluinya.

8. Si Dia asyik moody sajekan. Nak tau kenapa? Sebabnya orang yang dicintainya bersikap serius terhadapnya. Secara tak langsung, benda ni boleh mematikan mood gadis kesayangan korang tu.

9. Senjata utama gadis adalah AIR MATAnya.

10. Sekiranya seseorang gadis itu dah jatuh cinta dengan seseorang, maka dihatinya yang ada cuma lelaki tersebut WALAUPUN ketika tu dia keluar dengan lelaki lain.

11. Sifat semulajadi gadis adalah sukakan pujian. Tapi, tak tau macam mana nak terima pujian tersebut.

12. Wahai sang lelaki di luar di sana. Kalau ada seseorang yang meluahkan perasaannya terhadap anda, tolonglah jangan tolak cintanya dengan kasar. Sebab kalau korang nak tau sebenarnya ada 1 semangat kat dalam hati perempuan yang korang sendiri tak tau. Bila si gadis ni dah buat sesuatu  keputusan tu, dia sanggup untuk melakukan apa saja.

13. Kalau gadis tersebut mula menjauhkan diri daripada anda atas sebab penolakan cintanya, lebih baik biarkan beliau seketika. Biarkan gadis tersebuttenangkan dirinya. Tapi, kalau anda masih lagi mahu berkawan dengannya,cubalah tegur gadis tersebut secara perlahan-lahan. Nescaya, beliau akan menerimanya. Insyaallah!

14. Kalau anda nak tau seseorang gadis tu akan meluahkan rasa hati mereka melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan. Sebabnya ianya mudah dan ringkas.

15. Perempuan ni sekuat & setinggi mana pun egonya, dia mudah tewas dengan cinta seseorang lelaki.

16. Lelaki! tolong jangan senyum sembarangan dekat perempuan. Sebabnya, sekuntum senyuman mampu memberikan 1000 erti baginya.

17. Benda yang paling perempuan benci adalah bila sang lelaki hanya mahu mendekatkan dirinya semata-mata untuk tackel kawan-kawan mereka yang paling cantik.

18. Sang gadis akan menggagap bahawa cinta yang mereka miliki itu adalah suatu kesetiaan, kejujuran, ambil berat & kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. So, wahai lelaki tolong jangan permainkan cinta perempuan!

19. Apabila si gadis telah jatuh cinta hatinya akan tertanya-tanya mengapa beliau tidak berjumpa dengan lelaki tersebut lebih awal.

20. Ex-bf beliau senantiasa ada dalam hatinya. NAMUN, lelai yang dicintainya sentiasa akan berada di tempat yang paling istimewa iaitu di HATInya.

4 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

halamak, aku dah la memang suke senyum-senyum, tak buleh eh? :P

Azwa said... Reply To This Comment

whai picek.. blh tuh blh tapi jgn keterlaluan sgt la. nt org ingt ko gler plak.hak3..

Pisyek K said... Reply To This Comment

abes lepas ni semua minat kat aku... keh keh keh xD

Azwa said... Reply To This Comment

hak3..perasan gler! eee... hahaha. eh, bukan ke ko ni retis?nk sign picek!