Kaulah sahabatku



Zaman serba moden ni terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang diberikan kepada orang lain. Sekarang ni pun nak cari sahabat sejati  memang payah. Walaupun seorang! Memang tak dinafikanlah ramai kawan yang boleh di anggap sebagai sahabat tapi nak menggangkat darjat mereka sebagai sahabat sejati tu memang perlukan pertimbangan yang sewajarnya. Takkanlah nak main taram aje anggap dorang nih sahabat sejati. Silap langkah naya jadinya.

Bagiku, erti sahabat sejati adalah sahabat yang senantiasa bersama dengan kita tak kira ketika senang atau susah. Sanggup berkorban apa saja demi sahabatnya. Sanggup melakukan apa saja demi persahabatan mereka. Erk, berapa banyak sanggup daa. hee. 

Sekarang ni rakan ketika senang memang banyak & sangat mudah dicari. Memang tak dinafikanlah. Tapi, bila kita menghadapi masalah tak ada seorang pun yang datang menghulurkan bantuan mereka. Bak kata pepatah melayu "kawan untuk berhibur memang ramai, tapi kawan untuk memberikan bahunya cuma ada 1 dalam 1000". 

Ok, jom kita tengok ciri-ciri seorang sahabat sejati. Kalau rakan-rakan korang tu mempunyai ciri-ciri seperti kat bawah ni, maka isytiharlah mereka sebagai sahabat sejati anda. hee.


1. Sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya :

Peribadi seorang sahabat sejati mudah untuk dilihat. Cuba ingat balik kisah-kisah korang bersama sahabat sebelum ni. Pernah tak masa korang susah dulu, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan dekat korang? Pernah tak? Ada sesetengah orang sanggup berkorban untuk korang. Contohnya macam ni, time korang demam, dialah orang pertama yang jaga korang. Hantar pergi klinik. Belikan makanan untuk korang yang tengah sakit tu. Time konvokesyen pulak, sahabat korang ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan kejayaan korang pada hari tersebut. Ha, siapa yang tak terharukan? Bagiku, ini lah antara ciri-ciri seorang sahabat yang amat mementingkan nilai sebuah persahabatan yang dah terjalin sekian lama. 


2. Bersabar :

Seorang sahabat sejati akan sentiasa bersabar dengan setiap kerenah sahabatnya yang sentiasa berubah-ubah. Lebih-lebih lagi kalau sahabat korang tu tengah "dijajah oleh jepun". Mana taknya, ada orang tu peragainya akan berubah-ubah setiap masa. Kengkadang marah, sedih, gembira. Semua bercampur time tu. Selain tu, dia tak berasa jemu untuk mendoakan kesejahteraan & kebaikan sahabatnya serta menyokong setiap tindakan yang sahabatnya lakukan.


3. Sentiasa beri semangat :

Apabila korang sedang bergelut dengan cabaran & dugaan, sahabat korang ni tak jemu-jemu untuk bagi korang nasihat & kata-kata semangat semata-mata untuk kembalikan emosi korang. Segala nasihat yang diberikannya boleh diguna pakai & mendatangkan kebaikan. Erti kata lain, dia seorang pemujuk yang terhebat. Segala pujukannya akan membuahkan hasil. 


4. Berfikiran terbuka :

Seorang sahabat yang memahami tak akan sesekali mengikut telunjuk dirinya sahaja. Mudah nak terima setiap pandangan yang diberikan oleh sahabatnya kalau pandangan tersebut bawa kebaikan kepada dirinya. Benda yang paling penting, dia ni bukanlah seorang yang panas baran dan keras kepala sebab sifat-sifat macam inilah yang akan memusnahkan persahabatan yang dah terjalin. Bagiku, berkongsi pendapat dengan sahabat sejati adalah lebih baik.


5. Kebaikan :

Seorang sahabat yang baik akan menasihati sahabatnya untuk terus melakukan kebaikan & melarang berbuat kemungkaran. Sebagai contoh, kalau sahabatnya tak solat maka dialah orang pertama yang akan menegurnya. Kalau sahabatnya melakukan kesalah, dialah orang yang akan menasihati sahabatnya. 


Semoga apa yang aku kongsikan pada kali ini akan memberi manfaat kepada korang semua. Akhir kata dariku "Berkawan biar 1000, bersahabat biarlah 1". Semoga bertemu lagi di entry yang seterusnya. Sekian...



~ Sahabat Sejatiku dunia AKHIRAT ~






4 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

bagus betei, rajin betul tulis post panjang-panjang. ekekeke :P

Azwa said... Reply To This Comment

hak2..ni kes tension time exam.

linaaa jerrrr...... said... Reply To This Comment

oh!!!choc..sayang la kat kamoooo bnyak2

Azwa said... Reply To This Comment

hak2..syg kamoo jgak..muah2..