Sakitnya putus cinta!




Kengkawan semua pernah tak korang putus cinta? sakitkan rasa bila putus cinta. Kenyataannya memang sakit. Ini belum dikira lagi sakitnya bila putus tunang. Lagi dahsyat penangannya. Nak pulak tarikh kahwin dah hampir. Sesetengah orang bila dah putus ni merana sangat-sangat. Dan ada pulak yang meroyan tiba-tiba sebab orang yang disayangi tak ada lagi disisinya. Nak ubati sakitnya putus cinta ni bukan senang. Ada sesetengah orang ambil masa berbulan-bulan malah bertahun lamanya pun ada untuk lupakan perkara tersebut. 

Selalu dengar rintihan serta luahan hati rakan-rakan tersayang membukakan pintu hati aku untuk membuat entry ini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar perkongsian sesama manusia. Nak dikatakan doktor cinta tu sememangnya tak lah sebabnya sampai sekarang ni aku masih lagi mencari insan yang betul-betul setia dan boleh bimbing aku ke jalan yang lebih lurus..cewahh, padahal!! 

Ok, straight to the point. apa yang mampu aku lakukan bila kengkawan share dorang punya problem, aku dengar, dengar, dan terus mendengar. *pendengar setia nih. hee*. Bagi kata-kata semagat, dorongan serta nasihat. Apa yang paling penting sekarang nih jangan sampai abaikan diri sendiri. itu aje. Jom usha kat bawah ni macam mana nak menangani hati yang terluka.


Ingat ALLAH. Insyaallah hati akan jadi tenang setenang air di lautan *

Perkara ni memang penting sesangat. Jangan abaikan Allah. Bila senang lupakan Dia tapi bila susah barulah tergapai-gapai cari Dia. Heypp, sifat ni memang tak wajib kita ikut ye wahai teman-teman sekalian. Selain daripada tu, cuba teguhkan pegangan agama. Buat perkara yang wajib kita lakukan. 


* Luahkan segala perasaan yang terpendam dekat orang yang paling korang sayang atau rapat *



Rasanya dengan cara korang luahkan dan kongsi setiap masalah yang dihadapi dengan orang yang paling korang sayang atau kenalan rapat merupakan jalan yang terbaik. Sebagai contoh ibu korang sendiri. Bagi aku ibu adalah segala-galanya. Beliau juga adalah pendengar yang setia. Dengar setiap rintihan serta rungutan dari anak-anaknya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu umpama suatu hikmat untuk kita. Tak percaya? Cubalah! Selain dari ibu, korang juga boleh kongsikan masalah dengan kenalan rapat. Kemungkinan besar kengkawan korang dapat bagi tips-tips dan nasihat yang korang boleh amalkan. Bukannya apa, sekurang-kurangnya korang taklah keseorangan dalam menghadapi masalah macam ini. Bagi aku, dengan meluahkan segala masalah dengan mereka sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan dalam diri korang.


* Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif *


Aha, cara ni kadangkala dapat menolong korang. Eh, bukan kadangkala tapi selalunya lah. Korang boleh sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah contohnya bershopping, tengok movie, karaoke ke? tak pun macam yang aku selalu buat pergi main bowling dengan kengkawan. Anggaplah pin bowling itu umpama masalah-masalah korang dan bola bowling itu umpama benda yang dapat menghancurkan setiap masalah korang. Baling bola bowling itu dengan sekuat hati. Strike? congratez. Melihat setiap pin-pin bowling yang terjatuh umpama masalah yang dihadapi hilang dengan begitu saje. Bukannya apa, at least dengan melakukan benda-benda yang kita suka secara tak langsung membuatkan kita lupa akan masalah-masalah tersebut.


* Tolong simpan setiap pemberian dari si DIA *


Tipulah kalau korang tak pernah dapat hadiah daripada si Dia. tolong jangan kelentong eh! hee. Kalau boleh tolong simpan keSEMUAnya sekali dalam satu tempat. Dan kalau boleh simpan benda-benda tersebut kat tempat yang korang tak boleh nak nampak atau capai. Sebagai contoh simpan kat bawah katil, atas almari. Tak pun bako aje semuanya. Hakhak. Sanggup ke? aku sanggup aje kalau si DIA betul-betul sakitkan hati kitakan. hakhak. Kejam giler aku nih. Tolong jangan ikut apa yang aku lakukan. Yela, manalah taukan. Tuptup, jodoh korang panjang. :)


* Cari kawan yang berlainan jantina. Pondan pun boleh! *



Kalau korang yang tengah putus cinta ni perempuan carilah seramai mungkin kaum adam. Kalau yang tengah putus cinta tuh lelaki carilah perempuan. Kan banyak kat luar sana. Korang pilih aje yang mana sesuai dengan kriteria yang korang idamkan. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Cewah! Tapi korang mesti ingat. Setiap pergaulan yang dah terjalin tuh mesti ada batasannya. Jangan main redah aje. ingat!


* Elakkan dari duduk bersendirian


Haa, ni salah satu tabiat bebudak zaman sekarang. Suka duduk bersendirian. Kononnya nak tenangkan fikiran yang berserabut. citt. Tak ada maknanya semua itu. Cara ni sememangnya bukan cara yang efektif sebabnya dengan cara bersendirian secara tak langsung membuatkan kita teringat-ingat dekat si DIA. haaa, kan dah mengundang padah namanya. Tolonglah, jangan ikutan sangat perasaan tuh. Benda ni kadangkala boleh memudaratkan diri korang sendiri. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. Senang cerita pergilah berjimba dengan famili atau kengkawan. Itu lebih afdal. :)


* Elakkan perkara yang boleh mengundang kesedihan *

Apa tuh? haa, senang aje. Cuba elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menambah lagi luka dekat hati korang. Sebagai contoh dengar lagu-lagu yang kamu dan si DIA selalu dengar atau karok. Korang tuh, dah la jiwa tengah kacau tapi layan pulak lagu jiwang bagai. Itu namanya cari bala sendiri. 


* Cari pengganti si DIA *



Rasanya cara ni cara yang terbaik kot. Cuba pergi kat luar sana. Cari pengganti si DIA. Jangan seksakan diri korang dengan mengingati si DIA. Korang bersedih bagai nak giler sedangkan si DIA tengah happy dengan kekasih baru. Kan tak berfaedah namanya. Bila dah jumpa dengan orang batu cepat-cepatlah kahwin ye. Bina hidup baru dengan orang yang baru. 


4 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

ingat kan nak cakap kuar dating dengan Pisyek

Azwa said... Reply To This Comment

hak3..tgh pkir ayt yg terbaikkk tuk entry itu

d33n_ny said... Reply To This Comment

i loikeeeee this entry :P

Azwa said... Reply To This Comment

loike aje?