Jom Melawat Perak - Taman Rekreasi Gunung Lang

Hi semua. Ini adalah entry ketiga tentang segmen "Jom Melawat Perak". Semangat tak wa buat entry pasal segmen ni? Memey r! Ok kengkawan jom usha apa yang ada dekat Gunung Lang ni. 

Taman Rekreasi ni terletak di Bandaraya Ipoh. Kalau korang turun dari Lebuh Raya Utara Selatan tu memang dah boleh nampak kawasan ni. Ia berlatarbelakang alam semula jadi yang dikelilingi dengan hamparan bukit batu kapur. Terdapat sebuah tasik dan limpahan air terjun yang menjadi tarikan utama para pengunjung. Kata orang kawasan rekreasi ni ada lebih kurang 4 buah gua. Wallahuallam.

 

Cantikkan! Teruja tak? Kata kawanku yang pernah praktikal kat sini, air terjun ni sebenarnya buatan manusia. 

 

ini pula pemandangan daripada atas bot. 


 

Kawasan kedua selepas korang seberang tasik. Nice ok. Aku suka pergi dekat sini sebab ada banyak pondok! Haha. Alasan yang tak munasabah langsung. Selain dari pondok ada juga terdapat kandang binatang. Nak tau binatang apa? Sila datang ke Gunung Lang ni dengan segera. xp. Terupa nak mention, untuk ke sini korang perlu menaiki bot. Bayarannya tak mahal mana pun. Cuma RM3. 

 

Apa yang korang boleh lakukan dekat sini :

- Berkelah bersama keluarga, sahabat andai & yang tersayang. Itu yang penting. Hakhak.

- Bagi makan dekat ikan-ikan yang sedang kelaparan. Masa ni korang dapat tengok betapa besarnya ikan-ikan tersebut. Wa kagum! Mesti sedap kalau dibuat goreng. Kenyang setahun.



Pesanan penaja : Selamat menjalani aktiviti rekreasi di sini sambil menghirup udara yang segar-bugar lagi nyaman.

5 org mengomel :):

DilaMilin said... Reply To This Comment

Salam..macam best je tempat ni. Teringin nak pergi.. :)

Azwa said... Reply To This Comment

@DilaMilin

silakan. memang tak rugi kalau pergi ke sini. salah 1 kwsn yang best tuk kta berekreasi & berkelah.

meow said... Reply To This Comment

waaa.. cantiknye tempat nieee.. insyaAllah kalau ada rezeki nak pegi sini.. :)

Azwa said... Reply To This Comment

@milasharmila
sila2. :)

xxidhamxx said... Reply To This Comment

ada tak no tlefon tmpat nie..