Pengalaman membeli melalui Tesco Online

Assalamualaikum

2 hari lepas order barang melalui Tesco Online. Sengaja nak cuba perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Tesco. Sebenarnya, aku mencari 1 barang ni dekat macam-macam mall tapi tak ada. So, bila usha Tesco online ni tetiba barang tu ada dekat sini. So, dengan gigihnya aku register dan buat pembelian.

So, nak tahu tak macam mana nak beli melalui Tesco Online? Meh, aku story satu per satu step yang korang perlu buat sebelum membuat sebarang pembelian. Pada yang baru nak menjinakkan diri dengan Tesco Online macam aku ni macam biasalah korang kena REGISTER akaun dulu.


Dah selesai register? Selesai je register web Tesco ni akan kembalikan korang ke main page macam page mula-mula yang korang nampak tu. Page yang aku maksudkan tu macam dekat bawah ni. So, dah login nama korang akan dipaparkan dekat sidebar sebelah kiri.


Step seterusnya adalah mulakan pengembaraan shopping korang! Jangan risau tentang perbezaan harga sebabnya harga yang dipaparkan dalam web Tesco itu sendiri sama seperti di store diorang. Gambar bawah ni adalah contoh produk yang ada dalam web tersebut.


Ok, sekarang aku nak tunjuk pula cara-cara untuk korang buat pembelian. Sebagai contoh korang nak beli Koko Krunch. Nampak tak kotak biru ADD? Klik situ dan hasilnya macam gambar dekat bawah ni. 


Kalau pilihan barang yang dipilih tu tengah dalam tempoh promosi, aku ucapkan tahniah. Hee! 


Selesai pilih barang, korang kena pilih slot masa delivery. Harus diingat bahawa setiap  delivery bukanlah free tapi akan dikenakan CAS PENGHANTARAN. Jangan risau kalau korang rasa masa yang dipilih tu tak sesuai korang boleh klik aje dekat remove slot reservation. Oh ya, sebelum terlupa pihak Tesco akan buat penghantaran tersebut pada keesokan harinya. 


Selesai part cara pembelian. Oh ya, tentang cara pembayaran pula pihak Tesco tidak menerima sebarang pembayaran dalam bentuk wang atas sebab keselamatan staffnya. Korang boleh buat pembayaran menggunakan kad visa, kad kredit atau kad debit. Mudah bukan?

So, secara kesimpulannya semalam aku dah dapat apa yang aku order dekat Tesco Online. Alhamdulillah, barang sampai tepat jam 6:20 pm. Tadaa! inilah hasilnya....


So, tunggu apa lagi buatlah pilihan yang lebih bijak BECAUSE WE CARE!

8 org mengomel :):

Zai Zamree said... Reply To This Comment

waaa...mantop tp klau akak beli on9 jgak kt tesco xtau nk kata la.dkt sblh taman je pon

Azwa said... Reply To This Comment

@Z@i Z@mR33 haha kak zai. tapi x salahkan? kalau rasa malas nak berjaya boleh je. ngeee..

Yanty Lee said... Reply To This Comment

I should try this instead of going to Kajang.

Azwa said... Reply To This Comment

@Yan Tyyou should kak ty! mudah dan jimat masa, minyak dan tenaga. :)

YattAkasah said... Reply To This Comment

xpernh beli online.. beli tros pi sana je..hehe


haii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini

Azwa said... Reply To This Comment

@Cik Yatt hai yatt. :p thx. try la beli. senang je.

Azhafizah MN said... Reply To This Comment

ingatkan dia terus anta..kene tunggu sehari jugak ye..bagus gak ade delivery camni.

salam perkenalan dari group projek Legacy Secret Product :)

Scha Nazri said... Reply To This Comment

Eh, mcm senang je nak beli online. hehe